

Masa cuti hujung tahun sempat melawat sawah mentua di Kg.Kelawat.
Drama ni drama korea dibintangi oleh Lee Young Ae. Alkisahnya pada zaman Dinasti Joesoen ada seorang perempuan yang bekerja di istana sebagai dayang yang bernama Seo Jang Geum. Dia telah kehilangan ibu bapanya semasa dia berumur 7 tahun. Ibunya meninggal kerana menjadi mangsa dalam perebutan kuasa di dapur istana. Sebelum ibunya meninggal dia telah berpesan kepada Jang Guem supaya menjadi ketua dapur istana untuk merekodkan ketidakadilan yang berlaku di dapur istana dalam catatan buku yang hanya boleh dipegang oleh ketua dapur istana secara turun temurun. Jadi bermulalah kisahnya sebagai pekerja di dapur istana. Jang Geum adalah seorang yang bijak,bersikap ingin tahu,tabah dan gigih dalam menjalankan tugasnya. Oleh itu dia sering dipinggirkan oleh kawan-kawan mahupun ketuanya yang selalu memfitnahnya kerana merasakan Jang Geum adalah satu ancaman kepada mereka untuk merebut kuasa sebagai ketua dapur. Disebabkan fitnah Jang Geum dan Puan Han (Puannya di istana selaku kawan baik ibunya) telah dibuang negeri ke pulau Jeju. Dalam perjalanan ke Pulau Jeju Puan Han telah meninggal menyebabkan Jang Geum hampir berputus asa. Sesampainya di pulau Jeju Jang Geum telah bertemu dengan seorang wanita pakar perubatan yang bernama Jang Deok. Jang Geum telah belajar ilmu perubatan dengan Jang Deok dan berjaya masuk ke istana semula sebagai dayang perubatan. Akhirnya Jang Geum telah berjaya membongkar segala perebutan kuasa dan berjaya membersihkan nama ibunya dan Puan Han yang difitnah sebelum ini. Maharaja telah memberi gelaran kepada Jang Geum sebagai mengingati jasanya iaitu Jang Geum yang Mulia ( Dae Jang Geum).
Itulah kisahnya, kisah sedih, semangat, ketabahan seorang perempuan yang hidup pada zaman dimana perempuan masih dipandang rendah statusnya tetapi berjaya menjadi pakar perubatan dan menjadi perempuan pertama yang merawat maharaja pada ketika itu.
Jadi cerita ini memang 'best' lah...dan dapat mencapai matlamat iaitu menghilangkan boring.
Untuk Tambah modal dan memulakan business
Cara-Cara Manjual/Format sms Jualan
Kod Produk:
1. Celcom (C)
2. Maxis (M)
3. Digi (D)
4. ITALK (IT)
Format SMS:
Contoh: C5.0148517885.1234 dan hantar ke server
Contoh Jual ITalk : IT10.0148517885.1234 dan hantar ke server
no.pin ITALK akan dihantar ke no.tel anda dan anda boleh beri
kepada pelanggan
No.server
-CELCOM 0148317074 /0148172590
-MAXIS 0179407534 / 0179236037
-DIGI 0169357905
Sila Pakai Server Ikut teleco masing-masing. Jika anda mendaftar pakai no.celcom hantarlah ke
server celcom, jika maxis hantarlah ke maxis begitu jg dengan digi.